Sunday, July 6, 2008

Warkah Kosong Pertama



Salam dunia! Salam cinta utk semua makhluk fana yang indah ini! Sengaja aku mencoret sesuatu di ruang ini. Dari kosong, ingin aku penuhi dengan isi hati aku. Sekurang-kurangnya, dapat aku luahkan apa yang terbuku! Aku dapat ceritakan hati dan perasaan aku. Aku dapat catatkan kisah hidup aku.

Aku bukan harap mendapat perhatian anda semua! Aku hanya ingin berkongsi! Mungkin anda semua dapat berkongsi nasihat untuk aku. Dari aku terus hanyut dalam perasaan aku. Aku harapkan keikhlasan anda semasa membaca coretan ini. Aku harap anda akan dapat lapangkan minda anda dari rasa jijik dan bosan dalam setiap patah kata aku.

Hmmm.... Aku sering tertanya… Apakah hidup ini adil! Apakah hidup yang sementara ini hanya layak untuk mereka yang bertuah! Apakah tidak layak untuk aku hidup didunia ini? Tidakkan ada ruang untuk manusia seperti aku untuk menumpang?

Ahhh! Jangan sesekali persoalkan urusan Allah! Allah itu Maha Kaya! Allah itu Maha Besar! Allah itu Maha Pemurah! Tentu Qada’ & Qadar yang Allah s.w.t. sudah tentukan kepada hamba-hambanya ini yang terbaik. Subhanallah! Itu kan urusan Allah!

Siapa aku? Aku hanya khalifah di bumi Allah ini yang “tersesat” dan “terpesong”. Songsang! Naluri aku menongkah arus! Rasa aku melawan norma. Ingin aku pada sesuatu yang sama. Aku cintakan pada sesuatu yang sama seperti aku. Pada sesuatu yang nalurinya, lahiriahnya, natijahnya, rupanya.. semua sama seperti aku.

Ya! Aku tau siapa aku! Anda semua tentu dapat menelah siapa aku…aku seorang Ramai orang PEOPLE LIKE US. Ramai yang menyanggah golongan macam aku ni. Tapi sebenarnya, ada ramai orang seperti aku di luar sana. Cuma mereka berselindung..

Jadi? Aku meminati golongan yang sejenis dengan aku. Naluri aku menjurus pada mereka yang ber BIN dinamanya. Tapi apakah aku mintak untuk dilahirkan sebegini? Lahiriah aku memang cukup sifat seorang lelaki! TIDAK!

Aku tahu itu salah! Aku tahu aku busuk! Tidak!! Aku tidak busuk! Tapi siapa aku.. untuk menidakkan sesuatu yang aku tak boleh halang? Bukan aku tak nak melawan perasaan ini. Pernah! Tapi aku gagal! Aku tidak suka erti kegagalan! Tapi dalam hal ini aku tewas! Tewas pada perasaan aku!

Aku harap coretan ini tidak mengganggu atau mengusik perasaan sesiapa pun! Janji aku hanya satu! Akan aku coretkan semua kisah ‚hidup’ aku ini. Bukan untuk tatapan semua ataupun hanya untuk membuka pekung di badan. Sekadar untuk aku luahkan di ruang maya ini! Sekadar untuk aku kongsi baik buruknya manusia diluar sana.

Yang buruk itu sesungguhnya datang dari AKU! Yang BAIK itu sesungguhnya sejak azali milik Yang Maha Esa.

Salam!